waktuoperasi

MAKLUMAN

1

9 Februari 2022

PENAMATAN PROGRAM SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN

PERKESO telah melaksanakan Program Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan sejak September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja melalui pembekalan kit ujian saringan COVID-19.

Dimaklumkan bahawa program ini akan ditamatkan pada 11 Februari 2022. Majikan yang telah menerima kit ujian COVID-19 diingatkan supaya melaporkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan melalui Portal PSP.

2

12 November 2021

PEMBEKALAN KALI KEDUA KIT UJIAN COVID-19 DI BAWAH PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan bermula 6 September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja. Melalui program ini, PERKESO membekalkan kit ujian saringan COVID-19 kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum.

Bagi memastikan majikan dapat melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara berterusan, PERKESO telah membenarkan tempahan kali kedua dibuat oleh majikan untuk mendapatkan bekalan kit ujian yang seterusnya. Walau bagaimanapun, tempahan kali kedua ini hanya dibenarkan kepada majikan yang telah menggunakan sepenuhnya kit ujian yang dibekalkan sebelum ini.

Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati melalui Garis Panduan Majikan Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan dan Soalan Lazim Bagi Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan yang boleh diperolehi di Portal Program Saringan Prihatin (https://psp.perkeso.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau
03-4264 5089.

3

30 September 2021

PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan bermula 6 September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja. Program ini terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang aktif mencarum dengan PERKESO dalam semua sektor pekerjaan.

Melalui program ini, PERKESO membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan dan majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik yang dipilih oleh majikan sendiri. Majikan juga perlu menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan yang dijalankan di klinik.

Bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 dengan lebih mudah dan pantas, PERKESO akan turut membekalkan kit ujian COVID-19 kendiri (self-test COVID-19 test kit) melalui program ini.

Susulan dengan pengenalan bekalan kit ujian yang baru, majikan yang masih belum membuat permohonan kit ujian sebelum ini, boleh membuat pilihan jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen yang dijalankan secara profesional oleh klinik atau Self-Test COVID-19 Test Kit yang boleh dijalankan secara kendiri. Permohonan boleh dibuat bermula 30 September 2021.

Kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO

Maklumat lanjut berkenaan program ini akan dikemaskini di Portal Program Saringan Prihatin (https://psp.perkeso.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau
03-4264 5089.

4

21 September 2021

PENAMATAN PROGRAM SARINGAN COVID-19 BAGI PEKERJA ASING

PERKESO telah melaksanakan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing bermula 1 Disember 2020 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja asing. Melalui program ini, PERKESO telah membiayai kos Rapid Test Kit (RTK) Antigen bagi ujian saringan COVID-19 pekerja asing di seluruh negara dalam semua sektor pekerjaan.

Susulan pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan pada 6 September 2021, dimaklumkan bahawa Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing ditamatkan bermula pada 20 September 2021.

5

6 September 2021

PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN

Bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan.

Melalui program ini, PERKESO akan membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan dan pihak majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik atau hospital yang dipilih oleh majikan. RTK Antigen ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO dan kos ujian saringan COVID-19 perlu ditanggung oleh majikan.

Sebarang kemaskini berkenaan pelaksanaan program ini akan dikemukakan oleh PERKESO melalui Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my) dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau
03-4264 5089.

Soalan Lazim Berkenaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan boleh dirujuk di sini.

6

9 April 2021

MAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM SARINGAN COVID-19 BAGI PEKERJA ASING

PERKESO sedang melaksanakan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing dalam usaha membantu kerajaan dan majikan membendung penularan COVID-19 di kalangan pekerja asing.

Untuk makluman, PERKESO akan terus melaksanakan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing. Justeru itu majikan yang belum menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja asing masih boleh berbuat demikian sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan kelak.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini terhad kepada bilangan kit yang berbaki di klinik panel program ini. Majikan terbuka untuk memilih mana-mana klinik panel yang mempunyai baki kit yang mencukupi untuk saringan COVID-19 ke atas pekerja asing masing-masing.

Senarai klinik dan hospital yang menawarkan saringan COVID-19 di bawah program ini boleh diperolehi di Portal Program Saringan Prihatin (PSP). Majikan juga boleh merujuk garis panduan yang disediakan di Portal PSP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kaedah pelaksanaan program ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau
03-4264 5089.

7

2 Februari 2021

Perluasan skop Program Saringan Covid-19 Bagi Pekerja Asing PERKESO di seluruh negara.

8

12 Januari 2021

MAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM SARINGAN COVID-19 BAGI PEKERJA ASING PERKESO SEPANJANG PERINTAH DARURAT DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Untuk makluman, Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing PERKESO akan diteruskan buat masa ini sehinggalah pihak PERKESO mendapat penjelasan lanjut berkenaan Perintah Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kerajaan. Sekiranya terdapat kekangan pergerakan berikutan pelaksanaan PKP di kawasan yang terlibat, klinik panel yang menjalankan program ini disyorkan menangguhkan temu janji atau menghadkan saringan. PERKESO akan memaklumkan sebarang perubahan mengenai Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing PERKESO dari masa ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali.

9

24 Disember 2020

Aktiviti penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan PERKESO bermula 1 Januari 2021.

10

15 Disember 2020

Majikan boleh menggunakan portal tempahan perkhidmatan saringan (eMedAsia) yang disediakan oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
Klik di sini

HUBUNGI KAMI

Telefon:

1-300-22-8000 atau 03-4264 5089

E-mel:

hsp@perkeso.gov.my

2021 © Pertubuhan Keselamatan Sosial