Perluasan skop Program Saringan Covid-19 Bagi Pekerja Asing PERKESO di seluruh negara.
MAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM SARINGAN COVID-19 BAGI PEKERJA ASING PERKESO SEPANJANG PERINTAH DARURAT DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Untuk makluman, Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing PERKESO akan diteruskan buat masa ini sehinggalah pihak PERKESO mendapat penjelasan lanjut berkenaan Perintah Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kerajaan. Sekiranya terdapat kekangan pergerakan berikutan pelaksanaan PKP di kawasan yang terlibat, klinik panel yang menjalankan program ini disyorkan menangguhkan temu janji atau menghadkan saringan. PERKESO akan memaklumkan sebarang perubahan mengenai Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing PERKESO dari masa ke semasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Aktiviti penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan PERKESO bermula 1 Januari 2021.
Majikan boleh menggunakan portal tempahan perkhidmatan saringan (eMedAsia) yang disediakan oleh Persatuan Perubatan Malaysia. Klik di sini
1-300-22-8000 atau 03-4264 5089
hsp@perkeso.gov.my
2021 © Pertubuhan Keselamatan Sosial